Monday, October 13, 2008

ukhwah...

indah kan ukhwah ni?...
lg indah bile ada kwn2 skeliling....
dah lama ana x anta posting ni...
agak sedih bile berckp psl ukhwah...
lg sedih bile ukhwah yang terbina selama ni,hilang tiba2...
mungkin perasaan ego dalam diri yg menyebabkan ukhwah tu terasa seakan-akan hilang...
ana antara orang yang mungkin bermasalah dengan ukhwah...
camne nak ubah diri menjadi seorang akhwat yang boleh terima semua orang dengan seadanya?...
sampai satu tahap, ana merasakan melarikan diri dari masalah adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya...
tapi ana silap..
makin ana melarikan diri dari masalah tersebut, makin sakit kepala dibuatnya...
emosi kadang-kadang terganggu dan memberi kesan pada banyak perkara lain...
dan lagi teruk,ianya melibatkan orang lain...
luar nampak ok...
tapi dalam hati?...
hanya Allah je yang tahu betapa beratnya tanggungan tersebut...
tak tau nak buat macam mane?..
nak citer pada yang berkenaan,mungkin tak sesuai...
Ya Allah, berikan aku petunjuk yang boleh aku lakukan untuk menyelasaikannya...
hanya Kau yang mampu mengubah hati-hati hambaMu...
perasaan sedih tak tahu nak kongsikan dengan sesapa pun...
perasaan yang banyak makan diri sendiri...
dah cuba ubah mentaliti,tapi tak berjaya gak...



Friday, September 19, 2008

19 September 2008

Assalamualaikum...

insyaAllah, tarikh keramat setiap tahun...
tarikh ni amat bermakna bagi ana..
hari lahir yang ke-22...

ana sgt terharu sebab ianya di sambut dalam bulan Ramadhan..
ni merupakan kali kedua hari lahir ana disambut dalam bulan yang mulia ini...
tak disambut secara besar-besaan tapi cukupla sekadar dengan apa yang ada..

dah besar rasenye....
dah lama juga ana berada di atas muka bumi Allah ni...
tunggu masa je utk kembali kepadaNya...

Sempena bulan puasa yang barakah ini, marilah kita bersama2 memperbanyakkan ibadat dan melipatgandakan semua suruhan Allah...

Thursday, August 14, 2008

masa itu nyawa..

masa itu nyawa....
jika ia tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, ia akan merugikan kita....
sekali ia pergi, ia takkan kembali lagi....
ibarat nyawa, sekali ia pergi ia takkan kembali lagi...
marilah sama2 kita hargai masa yang ada..
hari ni, banyak menguji kesabaran ana...
menunggu dan terus menunggu...
jgn disebabkan kelewatan kita, kita menghambat kerja-kerja orang lain...
ana takut satu hari nanti, ia memberikan kesan kepada kita semua...
sabar dan terus bersabar...
nak menceritakan kepada orang lain, tak kesampaian...
kesabaran yang terbina setelah sekian lama...
ibarat menunggu buah yang takkan gugur...
nak menangis rasanya apabila planning yang telah dibuat pagi-pagi lagi, hancur begitu sahaja....
bertambah buruk apabila masa untuk melaksanakan planning tersebut diambil untuk menunggu orang....
sehingga membuat ana tertido di katil sendiri...
padahal masa tido itu, boleh ana gunakan untuk melakukan banyak aktiviti lain....
tapi hanya dengan berlapang dada sahaja lah, membuatkan ana nampak tenang....
walaupun dalam hati dah rasa give up nak menunggu lagi...
jika diikutkan hati, mahu saja ana meninggalkan tempat tu...
tapi apakan daya, ana dah berjanji....
JANJI MELAYU....
janji yang dikatakan sering sahaja tidak ditepati....
mind setting ana makin lama makin banyak berubah...
berjanji dengannya, mesti kene menunggu....
cukuplah sekali itu....
ana tidak mahu membuatkan orang lain menunggu ana....
biarlah ana yang menunggu mereka...
biarlah masa ana sendiri terbuang dengan menunggu orang...
ana faham...
semua orang sibuk dengan tugas masing-masing....
tapi at least bagitu dan datang pada masa yang dijanjikan, sudah memadai bagi ana...

Monday, August 11, 2008

sabar...

title yang agak bagus...
akhir2 ni,ana disibukkan dgn hal dunia...
smpai satu tahap,ana rasa mcm dah terduduk...
xtau nak wat pe..
n xtau nak mulakan yang mana satu....
kesabaran dan insyaAllah pertolongan dari Allah dan shbt2 byk membantu...
nak menangis sepuas-puasnya...
tapi menangis tanpa berbuat pun tiada gunanya...
assignment final year seakan-akan menguji iman dan kesabaran ana untuk berada dalam jalan tarbiyah...
ana mengharapkan doa-doa dari semua sahabat yang berada di sekeliling ana...
untuk ana terus tegar berada dalam ini...
ditambah pula dengan keadaan ummat yang bertambah teruk dan kritikal..
ibarat barah dalam masyarakat....
adik-adik di sekolah yang semakin hari semakin hanyut dengan globalisasi sekarang..
moga-moga dgn ujian ini mematangkan ana untuk berfikir dan bertindak dgn lebih matang...
ana fhm...
setiap ujian yang Allah berikan, kita mampu untuk memikulnya..
ujian hari ini menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencapai matlamat....
harapnya, sebelum ana melangkah keluar dari alam kampus ini, ana dapat menyumbangkan sesuatu kpd UPM...
insyaAllah...walaupun sedikit tapi dapat membantu...
wallahuallam...

Thursday, July 31, 2008

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik.

Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad.

Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'

Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran.

Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim.

Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia.

Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna.

Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.
Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

Wednesday, July 30, 2008

buat sume akhwat2 yang ana syg....

assalamualaikum...

tarbiyah...

tak pernah ana dgr kata tu sblm ni...

tapi, insyaAllah skrg ana dah phm maknanya n kepntingannya...

syukur alhamdulillah..

dgn tarbiyah ni byk mengajar ana utk terus byk bersabar dan belajar...

bkn sume org boleh menerimanya..

dgn hidayah Allah lah sume ni terjadi...
jazakumullah pada sume akhwat2 yang selama ni bantu ana dalam pe jua cara...
tanpa antunna, kaki ini tidak mampu untuk melangkah lebih jauh...
hanya Allah lah yang boleh membalas jasa baik antunna...
ana juga mengharapkan, sume akhwat terus bersabar dgn pe jua ujian yang dtg...

Sunday, July 27, 2008

mine....

first time ana anta posting ni...
xtau nak ckp pe...
cume nye skang ni tgh sibuk ngan kuliah n byk bnde kene pkir..
xpe la...
kalau nak diikutkan,ana mmg xtau sgt nk cite mslh peribadi dpn2 org...
mungkin dgn cara ni, ana bleh luahkan pe ana rasa...
akhir2 ni, ana xtau knape ana rase cm sorg2...
walaupun ada pembantu tapi tetap rasa sorg...
nk hiburkan hati,akhir2 ni gak ana slalu call mak...
mungkin sbb rindukan mak kot...
dah lama xbalik umah....
rindunye....